Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 3 Februari 2009

Boikot Barangan Israel & Sekutunya

Pemboikotan barangan Israel dan sekutunya merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan dalam usaha memberikan suatu tekanan khususnya kepada pihak Zionis dan penyokongnya. Harapan kita agar permintaan terhadap produk mereka berkurangan, sekaligus memberikan kesan sampingan kepada ekonomi mereka.

Namun mari kita fikirkan beberapa perkara:
1) Hanya segelintir rakyat yang memboikot sedangkan produk tetap di benarkan import oleh pihak kerajaan kita.
2) Pasaran negara kita untuk produk mereka lebih kepada perluasan pasaran dan bukan bersifat pasaran utama.

3) Ramai yang sekadar memboikot produk tertentu, sedangkan syarikat yang sama mengeluarkan pelbagai produk lain yang turut digunakan oleh pemboikot.

Masyarakat kita sangat terbatas dalam memilih produk berkualiti dan "halal". Adalah diakui mutu produk yang diimport dari negara seperti Amerika adalah tinggi berbanding dengan produk import negara asia yang lain. Mereka sering menghasilkan produk mengikut piawaian yang sangat tinggi dan terjamin soal kebersihannya. Keinginan masyarakat untuk menjayakan kempen ini boleh tergugat seandainya pihak kerajaan masih berterusan membawa masuk produk tersebut. Masyarakat setidak-tidaknya akan terbeli juga sekiranya tiada pilihan. Bagaimana usaha ini akan memberi kesan kepada negara pengeksport? Bukankah pengimportan produk ini secara langsung telah mendatangkan keuntungan kepada negara terbabit, tidak kiralah sama ada masyarakat membelinya ataupun tidak. Sebaliknya pula kerugian yang ditanggung oleh peniaga tempatan, bukannya zionis. Oleh itu peranan utama perlu dimainkan oleh pihak kerajaan, bukannya masyarakat semata-mata.

Kita hanya memboikot Coca cola tanpa mengetahui latar belakang adik beradiknya. Siapa pengeluar Coca cola, apakah produk lain yang dikeluarkan..? Betul, jika seorang peminat fanatik Coca cola menghentikan tabiatnya, dalam sebulan mungkin ia ada kesan hampir sepuluh dolar kepada syarikat pengeluar. Apatah lagi jika seratus orang. Tapi jika orang yang sama memilih produk minuman lain tetapi pada pengeluar yang sama, ini tidak akan memberikan apa-apa makna. justeru itu masyarakat perlu didedahkan dengan informasi yang jelas dan terkini.

Apapun, natijahnya jelas, kita sedang dalam usaha untuk bersatu dengan umat Islam seluruh dunia. Peperangan di Gaza bukan lagi percaturan politik. Tetapi peperangan untuk merampas "Hak Umat Islam". Mari kita terus berdoa semoga Allah menyatukan kita sedunia. Amiin!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design