Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 25 Februari 2009

BANGKU CANGGIH

Pernah nampak bangku macam ni ?

Canggih betul bangku tu, ada hidraulic system. Boleh ditinggi dan direndahkan...lepastu tak boleh tinggikan langsung...hehehe... Sebenarnya ni satu situasi yang biasa kita lihat di persekitaran kita. Yang peliknya, pihak pengurusan dalam organisasi terbabit tak ada "perasaan" apa-apa ke? Sehinggakan pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat terpaksa jugak duduk dalam keadaan yang tak sempurna. Nampak lucu kan, tapi persoalan di sini ialah tentang KEPRIHATINAN.

Moga kita sentiasa dapat memastikan diri kita menjadi manusia yang prihatin.

Jumaat, 20 Februari 2009

Putera Saudi Alwaleed Beli Airbus A380

Besar kan kapal terbang tu... Airbus A380 superjumbo, antara model terbaru berkapasiti 800 penumpang. Tapi, bukan sahaja beliau memiliki Merc berlian tu, beliau membeli kapal terbang ini untuk dijadikan pesawat peribadi!!! Harga? 300juta dollar dan pembeli persendirian pertama yang dah confirmkan pembelian.

Yang tengah duduk sorang tu merupakan gambar dalam kapal. Yang kat bawah tu ramai-ramai merupakan krew-krew penerbangan beliau. Dasat....dasat.... Kita doakan moga Allah buka pintu hati beliau agar kembali kepada Allah dan menyalurkan kekayaannya untuk menegakkan kalimah Tauhid. Kesian beliau tertipu dengan dunia.

Sabtu, 14 Februari 2009

SAJAK SYED QUTB











Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana
di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

Ditulis oleh Syed Qutb beberapa jam sebelum digantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966

Khamis, 12 Februari 2009

Bom Hidrogen US

Dalam diam, masa penghujung era Bush, sempat lagi beliau membuat keputusan untuk membuat penyelidikan bagi menghasilkan bom Hidrogen versi baru. Bom ini telah sedia ada tetapi telah usang teknologinya sekalipun impaknya tetap dahsyat.
Alasannya teknologi nuklear mungkin akan terbelakang dalam satu jangka masa tertentu dalam industri penghasilan bom. Bom hidrogen dilihat sebagai alternatif yang baik dan impaknya mungkin lebih dahsyat berbanding bomnuklear setelah dipertingkatkan keupayaannya.
Letupan ini adalah ujian yang dijalankan pada tahun 1952. Pasukan Saintis dari Kalifornia dan New Mexico telah memulakan usaha ini semenjak 2006 dengan menggunakan superkomputer yang terbaik dunia. Perbelanjaan awal dijangka US10bilion.
Bayangkan kalau letupan seperti gambar masih dinggap belum"power", tahap macamana yang mereka inginkan agaknya? Sesungguhnya tangan-tangan manusialah yang membinasakan diri mereka sendiri!
Sumber Los Angeles Times

SENZ XL Storm Umbrella

Payung merah ni bukan tersalah buat! Ia direka khas untuk cuaca ekstrim seperti ribut. Ia dikatakan payung aerodinamik pertama dunia, dengan kalis angin yang bertiup sehingga selaju 70mph (batu sesaat) dan diuji di terowong udara Delft University, Netherlands. Cuma persoalannya, ia kalis rintangan angin, tapi boleh ke jamin tak basah? Hehehe

IDEO Aquaduct concept vehicle

IDEO Aquaduct concept vehicle menggunakan prinsip "satu batu dapat membunuh dua burung". Sambil berkayuh, dapat menghasilkan air tapisan. Dengan kata lain, semasa mengayuh, terdapat satu pam yang dihubungkan kepada pengayuh yang membolehkan air tertapis dimasukkan ke dalam balang di bahagian hadapan.

Dah penat berkayuh, boleh sambil-sambil minum air...hehehe. Macam-macam!

TECHNOLOGY : 'Pain Beam' weapons


US Department of Justice telah membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan senjata baru yang dikatakan tidak memusnahkan, sebaliknya hanya memberikan kesan kesakitan kepada sasaran. Menurut mereka sinaran laser atau gelombang mikro dipancarkan ke arah sasaran dan serta merta sasaran akan merasai keperitan pada bahagian kulit mereka seperti melecur. Usaha penghasilan bermula pada 2005 dan mungkin akan digunakan untuk pasukan Polis mereka pada 2010.
Sasaran berkesan dikatakan antara 2 meter hingga 15 meter.
Best jugak kan. Kreatif dan inovatif mereka ni. Persoalannya, bilakah negara yang kita cintai ini akan mula serius membincangkan soal keselamatan negara dan mengetepikan politik kotor yang tidak berkesudahan. Negara-negara bukan Islam semakin fokus mempertingkatkan keupayaan teknologi, sedangkan pemimpin negara kita khayal makhsyuk bercerita tentang parti. Kembalilah kepada Quran dan Hadith wahai pemimpin negara.
Sumber http://www.newscientist.com/

Air Terjun Tinggi Betul!

Pernah dengar tentang air terjun Angel (Angel Fall). Ia dikatakan terletak di bahagian selatan Amerika Selatan. Berdasarkan sumber, ketinggian air terjun ini adalah menghampiri 1km (1000m). Hebatnya kuasa Allah kan. Emmm...berani terjun?
Setiap sesuatu yang Allah ciptakan pasti ada hikmah dan sesuatu yang tersembunyi untuk manusia renungkan. Bagaimana dengan ketinggian sedemikian rupa boleh wujud sumber sungai yang airnya mengalir tanpa henti. Marilah kita perbanyakkan pujian dan syukur kepada Allah atas nikmatnya yang tidak terhingga.
Sumber KARENAH DUNIA

Khamis, 5 Februari 2009

NGV Meletup?

Kerajaan memang menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif kepada minyak memandangkan harga minyak yang tidak menentu. Tapi biasalah, setiap citaan manusia pasti ada kelemahannya. Ditambah lagi dengan kecuaian manusia yang tidak dapat dielakkan. Lihatlah apa jadi dengan pemilik kenderaan yang memasang sistem NGV pada kenderaannya.
Namun, kes ni bukan berlaku di negara kita. Memandangkan kita baru sahaja nak bermula, jadi pengurusan yang baik dari segi keselamatan amat penting bagi meminimumkan risiko kecelakaan. Memang semua kuasa Allah, tapi kita kena berusaha untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.
Oh ya...sebab tu nak buat setiap perkara, mulakan dengan "Basmalah"... :)

Ujian Kesenangan

Cantik kereta ni kan. Nak beli Merc standard pun terkulat-kulat, ini pula dipasang dengan berlian tulen satu body. Kereta ini bernilai USD$ 4.8 juta (RM 15.67 juta). Sekiranya anda ingin menyentuh kereta tersebut, cas USD$ 1000 (RM 3263.99) akan dikenakan.Kereta ini adalah milik Putera Al-Waleed dari Arab Saudi.

Pelik kan, tak kedengaran pula bantuan yang kerajaan Saudi hulurkan kepada Gaza sungguhpun mampu memenuhi impian puteranya dengan kenderaan yang lebih untuk tujuan pameran semata-mata. Kalau sebutir berlian tersebut dijual, tentu dapat mengenyangkan beratus orang di Gaza sana. Inilah yang kita takut bila diuji dengan kesenangan. Agak-agak kalau sebiji berlian tu jatuh, berapa agaknya kalau gadai? hehehehe.
Sumber Gambar KARENAH DUNIA

Selasa, 3 Februari 2009

Boikot Barangan Israel & Sekutunya

Pemboikotan barangan Israel dan sekutunya merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan dalam usaha memberikan suatu tekanan khususnya kepada pihak Zionis dan penyokongnya. Harapan kita agar permintaan terhadap produk mereka berkurangan, sekaligus memberikan kesan sampingan kepada ekonomi mereka.

Namun mari kita fikirkan beberapa perkara:
1) Hanya segelintir rakyat yang memboikot sedangkan produk tetap di benarkan import oleh pihak kerajaan kita.
2) Pasaran negara kita untuk produk mereka lebih kepada perluasan pasaran dan bukan bersifat pasaran utama.

3) Ramai yang sekadar memboikot produk tertentu, sedangkan syarikat yang sama mengeluarkan pelbagai produk lain yang turut digunakan oleh pemboikot.

Masyarakat kita sangat terbatas dalam memilih produk berkualiti dan "halal". Adalah diakui mutu produk yang diimport dari negara seperti Amerika adalah tinggi berbanding dengan produk import negara asia yang lain. Mereka sering menghasilkan produk mengikut piawaian yang sangat tinggi dan terjamin soal kebersihannya. Keinginan masyarakat untuk menjayakan kempen ini boleh tergugat seandainya pihak kerajaan masih berterusan membawa masuk produk tersebut. Masyarakat setidak-tidaknya akan terbeli juga sekiranya tiada pilihan. Bagaimana usaha ini akan memberi kesan kepada negara pengeksport? Bukankah pengimportan produk ini secara langsung telah mendatangkan keuntungan kepada negara terbabit, tidak kiralah sama ada masyarakat membelinya ataupun tidak. Sebaliknya pula kerugian yang ditanggung oleh peniaga tempatan, bukannya zionis. Oleh itu peranan utama perlu dimainkan oleh pihak kerajaan, bukannya masyarakat semata-mata.

Kita hanya memboikot Coca cola tanpa mengetahui latar belakang adik beradiknya. Siapa pengeluar Coca cola, apakah produk lain yang dikeluarkan..? Betul, jika seorang peminat fanatik Coca cola menghentikan tabiatnya, dalam sebulan mungkin ia ada kesan hampir sepuluh dolar kepada syarikat pengeluar. Apatah lagi jika seratus orang. Tapi jika orang yang sama memilih produk minuman lain tetapi pada pengeluar yang sama, ini tidak akan memberikan apa-apa makna. justeru itu masyarakat perlu didedahkan dengan informasi yang jelas dan terkini.

Apapun, natijahnya jelas, kita sedang dalam usaha untuk bersatu dengan umat Islam seluruh dunia. Peperangan di Gaza bukan lagi percaturan politik. Tetapi peperangan untuk merampas "Hak Umat Islam". Mari kita terus berdoa semoga Allah menyatukan kita sedunia. Amiin!

Hari Keluarga

Alhamdulillah, hari keluarga kami telah berjaya dilaksanakan pada 26 Januari 2009 yang lalu. Lambat pula nak simpan kat blog ni buat kenangan. Aktiviti dilaksanakan di Mutiara Motor Resort. Masya Allah ramainya orang. Hampir seluruh kawasan penuh. Resort berhampiran pun dah tiada ruang. Maklumlah, cuti tahun baru cina. Masing-masing cari ruang untuk beriadah bersama keluarga.

Betapa besar nikmat tuhan, sehinggakan setiap manusia baik yang beriman mahupun yang kufur, semuanya bergantung dan amat memerlukan kepada nikmat tersebut. Pantai yang Allah ciptakan, walau sekadar pasiran dan air masin, dengan izinNya berhasil menenangkan hati dan merehatkan minda. Semoga kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat. Amiin.

Isnin, 2 Februari 2009

Ramai Tidak Yakin Terhadap Pertahanan Malaysia?

Hari ini saya melawat ke halaman :









Ia adalah halaman rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Sesuatu yang ingin saya kongsikan ialah, ada satu ruangan keputusan undian tentang "keyakinan anda bahawa Malaysia mampu menangani ancaman luar". Keputusan undian adalah seperti berikut :
Sememangnya undian ini adalah bersifat terlalu umum dan mungkin tidak adil. Namun, jumlah seramai 313 pengundi adalah jumlah yang boleh dikatakan besar. Daripada jumlah tersebut, 49.5% (155 orang) tidak meyakini bahawa Malaysia mampu menangani ancaman luar!

Apakah pandangan anda sekiranya sesebuah negara gagal memberikan keyakinan kepada rakyatnya bahawa keselamatan mereka adalah terjamin? Ironinya, isu yang terhangat dalam suasana "panas" kerana perang dan huru-hara dunia kini, media negara kita mahsyuk memperihalkan tentang PARTI POLITIK.

Bagaimana dengan anda? Anda yakin?

Maut

Ajal dan maut datang dengan tidak memberikan sebarang petunjuk. Berlindunglah disebalik tembok besi yang tebal pun, pasti di situ juga maut menjelma bila sampai waktunya. Buatlah apa pun persediaan untuk mencegahnya, ia tetap datang tepat pada waktunya. Siapa dapat menduga kejadian seperti ini boleh terjadi.
Ibu anak kecil ini pastinya cuba memberikan tempat yang terbaik dan paling selesa untuk anak kecilnya. Katil yang berpenghadang disediakan untuk mencegah anaknya dari terjatuh. Namun sebaliknya pula berlaku, apabila si kecil ini mengesot cuba turun dari ruang sempit di bawah penghadang. Kepalanya tidak berjaya melepasi penghadang lalu menutup hidung dan mulutnya. Lihat kesan carik pada tilam membuktikan betapa azab si kecil ini saat ajalnya. Kasih sayang sang ibu tidak di sangka menjadi punca anak kesayangannya.
Aduhai, alangkah malangnya.
Moga Allah pelihara keluarga kita.
Amiin!
Sumber gambar KARENAH DUNIA

Macam-macam Hal Rakyat Malaysia

Apa pandangan anda tentang pemandangan di atas?
Inilah bahananya jika bahasa ibunda dipinggirkan, dan bahasa asing pula diutamakan. Hasilnya jadilah "Bahasa Inggeris mutasi" yang menjelma dalam Bahasa Malaysia.
Sumber gambar KARENAH DUNIA
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design