Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 6 Disember 2012

Kreatif Photoshop

Saya nak abadikan hasil kreativiti anak murid saya.
Cukuplah dikenali dengan nama LAH.
Idea gila-gilanya menunjukkan percambahan idea kreatifnya yang begitu rancak. Rasanya si LAH ni boleh pegi jauh dalam seni grafik dan sumpamanya. 
Teruskan usaha LAH.
Sebaiknya jadikan hasil tangan anda suatu medium yang dapat meraih pahala tak henti untuk anda.





















Cara Tengok Shutter Count DSLR

Macamana nak tengok Shutter Count DSLR kita?
How to check Shutter Count?

Ada beberapa cara.
Saya share 2 cara je.

Cara 1 :
Pegi ke link berikut ;
http://www.camerashuttercount.com/

 Nanti ada paparan macam ni ;

Klik "Choose File" dan pilih gambar terkini.
*(Gambar mesti dalam SD Card, dan belum edit)... tu yang tok guru saya ajor. 
Kemudian klik "Upload".


Ini hasil paparan lepas klik "upload".
38,255 adalah shutter count kamera yang saya gunakan.

Cara 2 :
Gunakan Opanda iExif

Download dari link berikut ;
http://www.opanda.com/en/iexif/download.htm


Menerusi Opanda iExif Jumlah Shutter Count seperti yang di highlightkan.
( Total Number of Shutter Releases for Camera ).



Selasa, 2 Oktober 2012

ILUSI UNTA


Tengok betul-betul gambar unta kat atas.
Mana satu unta betul, mana satu yang bukan unta betul?
Hehehe... kalau perhatikan dua tiga kelip baru perasan yang bentuk unta tu rupanya bayang-bayang... gambar di ambil tepat dari atas.


Mana kepala unta?
Ni bukan di "photoshopkan".
Ia lebih kepada teknik kamera, kepala unta ada alik nung... tengah jilat menda2 tah...

Moral : Nampak jangan terus percaya dan citer kat orang. Fikir dan selidiki dulu kebenarannya.

POKOK MATI MACAM RUPA ZOMBIE




Sekali pandang macam "zombie" dalam wayang.


Pokok bunga yang telah layu dan mati. 
Jangan tanya kenapa dia mati.
Yang penting kita ambil iktibar, bila kita pulak mati, mati macamana, persediaan nak mati...


BISIKAN CAHAYA vs BISIKAN API


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ... .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat... ..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... . tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali... .rugila. ... . (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ... .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu..

 Kredit: "MANAR ISLAM"

Rabu, 19 September 2012

Misi Buka Lesen

Setelah sekian lama menyepi dari dunia memancing, akhirnya lesen memancing saya dibuka semula ( isteri baru bersalin ... mak mentua tak izin gi ngail ... patuh je la )

Lokasi pilihan, dekat dengan rumah Pak Abu. Nekad je pilih tempat ni, sekadar dapat melepaskan niat untuk merasa daging Kerapu, Siakap dan Bolos segar.

Pagi bertolak mencari umpan di kawasan Sungai Danga. Perkampungan orang Asli. Ada jual Wat dan Umpun-umpun. Harga ok. Cuma wat dia "kemerahan". Yang best kalau "kehitaman" macam kat Teluk Sengat.

Kemudian cari udang hidup di Taman Saujana Kota Tinggi. Seekor 60sen. 







....tak siap lagi post ni... nanti sambung! :)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Belut Mati Tercekik Ikan Buntal


Erk... mesti sakit tu!


Tu la, orang tua-tua kata pun, makan jangan sebarang makan. Badan boleh binasa wooo... Kiasan untuk kita sebagai manusia sebenarnya.  Tak semua benda dalam dunia ni boleh dimakan sesuka hati. Apa yang orang lain boleh makan belum tentu pula kita boleh makan! Jadinya, untuk kebaikan bersama, jagalah pemakanan kita.  

Khamis, 26 Julai 2012

Kambing Perang???


EEEE.... TAKUTNYE!
NAK KOMEN APA-APA PUN TAKUT SANGAT!
NANTI KAMBING TU NGAMOK!!!

Nak menyelam? Buatla kapal selam sendiri


LOKASI : BEIJING
PEMILIK : Zhang Wuyi (37 thn)
KAPASITI : 2 orang 
KEGUNAAN :  
KEUPAYAAN : 
1. Telah diuji di kolam buatan manusia di sebuah limbungan kapal di Wuhan, 
2. Boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam.
3. Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500). 


TIDUR PELUK SUPERBIKE KAT KATIL

"Ya Allah.  Janganlah Engkau jadikan kami orang yang terlalu mencintai dunia.  Kerana yang demikian itu boleh memudaratkan diri kami sendiri."

Apa kes pemuda tu.... buatnya minyak tumpah ke... tak ke naye.

Aduuuuu..... DAH KENAPA?

Baby pun boleh terbeliak nampak duit banyak!

Rasa lucu pun ada, siap terbeliak mata tengok duit banyak!
Tapi saya yakin, dia tak tahu pun yang tu duit.
Dia terbeliak mungkin sebab kena timbun dengan benda yang banyak dan merimaskan.
Atau mungkin dia terbeliak sebab ada yang agah dia dengan benda lain ( tak nampak dalam gambar ).
Atau mungkin memang mata dia macam tu....

ILUSI OPTIK : NAMA JUNJUNGAN


Motor Kapcai Panjang



Saya tahu ia telah di "Photoshopkan"... sekadar nak abadikan...

BANYAKKAN MEMBACA DOA INI SEPANJANG RAMADHAN

APAKAH DOA YANG PERLU KITA PERBANYAKKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN?
ANTARA DOANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :




SEMOGA ALLAH RAHMATI DAN AMPUNI KITA...

Konvoi Superbike Berhenti Solat Tepi Jalan


Apabila diri telah terbiasa dengan ibadah, di mana sahajapun, malah apa pun yang sedang dilakukan hatinya akan tetap dengan Allah. Mereka mencari kesabaran dalam beribadah, lalu Allah anugerahi kesabaran itu kepada mereka.  Sehinggakan mereka tidak ragu-ragu dan segan-segan untuk melaksanakannya.

Rakan-rakan pembaca, mohonlah pada Allah agar kita diberi keringanan tubuh untuk solat.  Sebaik mana pun kita di mata manusia, sebanyak mana pun kebaikan yang kita buat, semuanya Allah tolak tepi jika kita tidak menunaikan solat.

Maka... tunaikanlah solat.  Bersabarlah dalam melaksanakannya.

Sabtu, 21 Julai 2012

CARLSBERG UNTUK RAMADHAN?


Siapa yang bersalah jika perkara seumpama ini berlaku? 

UBAT HATI

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah njembatani

Obat hati ada lima perkaranya
Yg pertama, baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua, sholat malam dirikanlah
Yg ketiga, berkumpullah dng orang sholeh
Yg keempat, perbanyaklah berpuasa
Yg kelima, dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

DIARI SEORANG MUSLIM


Semoga Allah memberikan kita  kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang Muslim.  Bukan hanya pada kad pengenalan, bahkan pada cara hidup keseluruhannya.

Selasa, 15 Mei 2012

Pokok Bunga Telang

Bunga Telang Pewarna Nasi Kerabu
1. Nama Saintifik: Clitoria ternatea.
2. Nama Inggeris: Clitoria Flower.
3. Dikenali juga dengan nama Blue Pea,  food dye @ Bunga Telang.
4. Bunga telang digunakan untuk mendapatkan warna biru dalam masakan.
5. Ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari dan disimpan.
6. Masa nak guna di dalam masakan, ia direndam di dalam air dan diperah untuk mengeluarkan warna biru. 7. Biasanya ia akan digunakan di dalam ‘Nyonya dumpling’ (Chang), Kuih Kochi, Pulut Tekan, dan ‘Taibak’(pencuci mulut Nyonya yang dibuat daripada tepung beras) serta apa-apa masakan yang memerlukan warna biru.
8. Warnanya ini adalah asli dan tidak dicampuri bahan pengawet atau kimia.













Source : 
http://www.michemaylee.com/2007/05/23/bunga-telang/ 
http://cheateat.typepad.com/blog/2005/07/butterfly_pea_f.html 
http://www.boga.ruhr-uni-bochum.de/html/Clitoria.ternatea.ja.jpg 
http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/images/peaflower2.jpg
http://agrohias.blogspot.com
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design