Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 27 November 2008

Pesanan Buat Diri


DENGAN ISMULLAH



Wahai DIRI, ingatkah kita pada surah As-Syams pada ayat 7 hingga ayat 10? Ayat yang menerangkan tentang jalan yang telah Allah ilhamkan kepada kita, sama ada yang baik atau pun buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud :


"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."[As-Syams, 91 : 7 - 10]


Dalam kehidupan ini, Allah telah menerangkan tentang dua bentuk jalan yang boleh kita pilih untuk ikuti. Jalan ini adalah jalan ketaqwaan dan jalan kejahatan. Sebagai seorang muslim, yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang mempunyai satu panduan hidup yang Agung, yakni Al-Quran, maka tidak dapat tidak, jalan yang mesti kita lalui adalah jalan Ketaqwaan. Kenapa tidak? Bukankah kita pasti akan mendapat keuntungan bila mengikuti jalan ketaqwaan ini? Bukankah itu janji Allah?Dengan melalui jalan ketaqwaan yang Allah kurniakan ini, maka kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi melanda. Kelazatan iman itu akan lebih dirasai bila kita berserah sepenuhnya kepada Allah tak kira keadaan dan situasi.


"...Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."[Ali-'Imran, 3 : 159]


Ingatlah wahai DIRI, jalan ketaqwaan ini tidak selalu senang. Bahkan ia akan sentiasa diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian. Bukankah Rasulullah SAW itu sendiri hidup dalam pelbagai ujian dan kesusahan sedangkan baginda adalah kekasih Allah yang paling mulia? Bagaimana baginda di hina, di caci, di pulau dan di sebagainya oleh orang-orang kafir Quraisy pada ketika itu. Namun, kerana baginda tahu bahawa ini adalah jalan yang Haq, maka baginda teruskan dengan penuh kesabaran sehingga Islam tersebar luas.Alhamdulillah, dengan usaha baginda, serta sahabat-sahabat baginda itu, dan diteruskan lagi dengan generasi-generasi yang ingin menegakkan Islam, maka kita hari ini dapat menikmati nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Oleh itu wahai DIRI, mari kita mencontohi Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda serta mereka-mereka yang berusaha untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk berjuang dengan kekuatan yang kita ada untuk kembalikan Islam seperti mana di Zaman Rasulullah, di Zaman Kerajaan Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah agar kita tergolong dalam orang-orang yang soleh dan solehah. Ayuh kita ikuti jalan ketaqwaan ini, jalan yang Rasulullah ikuti.

Sederhanakan Diri

Apa yang ada...jarang disyukuri...
Apa yang tiada...sering kita risaukan...
Nikmat yang dikecap barukan terasa...
Bila ia hilang dari genggaman...
Sesekali timbul keinginan di hati
Ingin memiliki apa yang orang lain miliki
Ingin lebih mudah pada kemudahan kini
Ingin lebih mewah walau di luar mampu diri
Ingin yang lebih indah dari yang pernah diamati
Sayangnya
Berapa kali cuba kita selidiki
Nikmat dan kurniaan yang kita syukuri
Adakah memadai dengan solat 5 kali sehari
Wahai Tuhan Kami
Pimpinlah kami

ACHTUNG!

27 Nov 2008



Kali pertama dalam hidup menjoinkan diri ke alam virtual ni. Bertatih-tatih rasa nak mulakan benda ni. Tengok budak-budak umur 7 tahun pun dah ada blog sendiri, malu pulak rasanya. Tak boleh tidak kena cuba jugak. Hmmm...nampak kaku jugak, tapi baik ada daripada tak mulakan langsung. Kan sebahagian dari ilmu jugak ni. Kalaulah ada sesiapa yang dah expert nak ajarkan, bestnye rasa. Mesti meriah jadinya benda ni. Ye lah, mula-mula untuk diri sendiri, lepas tu dah pandai sikit-sikit bolehlah buat medan amalan macam blog Ustaz Zaharuddin tu. Asalkan jangan sampai kena tangkap macam Raja Petra!
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design