SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan
kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik
kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan
bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal
yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.