SAMBAL IKAN BILIS PETAI TEMPOYAK
Bahan:
3 1/2 sudu tempoyak
4 papan isi petai
bahan tumbuk:- 2 ulang bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5-8 cili padi merah2
(nak pedas boleh tambah cili) dan sedikit garam.
1 labu bawang besar potong bulat2
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda diracik halus – untuk mengharumkan sambal.
secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis
Cara:
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai
layu/masak.
masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit. Tunggu sehingga daun kunyit
layu, sedia diangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.