Isnin, 31 Oktober 2011

7 Tanda takut kepada Allah SWT pada diri anda

1- Terbukti dilidahnya apabila lidahnya berupaya menahan daripada berdusta, mengumpat dan bercakap dengan perkara sia-sia lalu lidahnya digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.

2- Terbukti pada perutnya apabila perutnya hanya makan perkara yang halal dan makan sekadar diperlukan.

3- Terbukti pada matanya apabila matanya tidak melihat perkara yang haram dan melihat dunia ini sekadar untuk mengambil pengajaran.

4- Terbukti pada tangan apabila tangannya tidak menghulurkan perkara yang haram malah tangannya hanya digunakan pada perkara ketaatan kepada Allah SWT.

5- Terbuti pada kakinya apabila kedua kakinya tidak digunakan untuk berjalan kepada perkara maksiat.

6- Terbukti pada hati apabila hatinya tidak memiliki sifat hasad dengki dan iri hati, malah hatinya sentiasa menyayangi sesama Islam.

7- Terbukti pada hati apabila hati tidak bersifat dengan sifat munafiq malah hatinya dipenuhi dengan sifat tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 589.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.